- Aktiviti Jom Jelajah Desa Ilmu peringkat Perpustakaan Desa Zon 10 yang terdiri dari Perpustakaan Desa Pekan Naka, Perpustakaan Desa Kampung Bukit, Perpustakaan Desa Kampung Datuk, dan Perpustakaan Desa kampung Masjid Lama telah dilaksanakan pada 18 Jun 2011 (sabtu)
- Aktiviti Jom Jelajah Desa Ilmu adalah sebuah program yang merapatkan Perpustakaan Desa dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai matlamat agar operasi dan perkhidmatan perpustakaan desa terus berjalan mengikut misi yang telah ditetapkan.
- Bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan bertempat di Perpustakaan Desa Pekan Naka. Pelaksanaan aktiviti berkenaan dapat dilaksanakan adalah anjuran Perpustakaan Desa zon 10 dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah serta penglibatan Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Desa Pekan Naka.
- Majlis Perasmian aktiviti Jom Jelajah Desa Ilmu ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ali Bin Mat Zain, Penghulu Mukim Tekai Kanan. Turut hadir dalam aktiviti berkenaan termasuk Encik Abdul Razak bin Bolia, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Naka, Encik Mohamad Yusub Bin Saad, Penghulu Mukim Tekai Kiri serta guru-guru dan murid-murid sekolah yang terletak di sekitar Pekan Naka seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Sekolah Rendah Kebangsaan Naka, Tabika Perpaduan serta Pusat Asuhan Islam(PASTI). Majlis ini telah dihadiri oleh 140 orang penduduk serta tetamu jemputan daripada jabatan kerajaan dan swasta.
- Pengisian Aktiviti Jom Jelajah Desa Ilmu adalah seperti Persembahan Pembukaan Majlis, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Infohunt, Pertandingan Gubahan Tuala, Pertandingan Teka Muka Surat Buku dan Cabutan Bertuah.
- Mesyuarat aktiviti yang telah diadakan pada 13 jun 2011(isnin) pada pukul 3.30 ptg.
- Membuat persiapan aktiviti
- Sekitar Aktiviti
Pendaftaran Peserta/ Pengunjung - Para pengunjung mengambil tempat pada program Jom Jelajah Desa Ilmu
Pertandingan Nasyid terdiri daripada 10 orang pelajar sekolahMenengah Kebangsaan Naka
Ucapan aluan oleh penyelia zon 10 - Pn.Malina Bt Abd.Aziz
Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Mohd Ali Bin Mat Zain, Penghulu Mukim Tekai Kanan Naka
Petugas Perpustakaan Desa Zon 10 yang terlibat dalam aktiviti Jom Jelajah Desa Ilmu
Pertandingan Mewarna terdiri daripada 21 orang pelajar Tabika Perpaduan dan PASTI
Pertandingan Infohunt terdiri daripada 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Naka
Pertandingan Bercerita terdiri daripada 8 orang Pelajar Sekolah Kebangsaan Naka
Pertandingan Gubahan terdiri daripada 10 peserta wanita
Pertandingan Teka Jumlah Muka Surat Buku terbuka kepada pengunjung dan seramai 66 orang menyertainya















